Taklimat “SOP for Post EIA Monitoring” di Pejabat NREB Bahagian Mukah
Posted on 21 Jan 2026
Source of News: NREB
Mukah, 20 Januari 2026 – Taklimat “SOP for Post EIA Monitoring” telah diadakan di Pejabat NREB Bahagian Mukah dan dihadiri oleh semua kakitangan pejabat berkenaan. Taklimat ini telah disampaikan oleh AC Manaffery bin Madhan yang memberi penerangan mengenai SOP terkini bagi pelaksanaan Post EIA Monitoring di lapangan.
Penekanan diberikan kepada prosedur kerja yang telah dikemaskini bagi memastikan pemantauan alam sekitar dilaksanakan dengan lebih berkesan dan teratur. Sesi ini turut disusuli dengan sesi soal jawab bagi membincangkan prosedur baharu serta menjelaskan sebarang kekeliruan berkaitan pelaksanaannya.
PINDAAN BORANG PERMOHONAN PEMBELIAN BARANGAN / PERKHIDMATAN SEHINGGA RM20,OOO
MAKLUMAN INI UNTUK KAKITANGAN NREB SAHAJA
PINDAAN BORANG PERMOHONAN PEMBELIAN BARANGAN / PERKHIDMATAN SEHINGGA RM20,000
Untuk makluman, pihak pengurusan NREB telah meluluskan pindaan had kelulusan pembelian barangan/perkhidmatan oleh PRO/SRO daripada RM1,000 kepada RM20,000. Sehubungan itu, Borang Permohonan Pembelian Barangan/Perkhidmatan juga telah dipinda bagi tujuan tersebut. Dilampirkan bersama adalah Borang Permohonan Pembelian Barangan/Perkhidmatan untuk makluman pihak tuanipuan dan borang inijuga boleh dirujuk di laman website NREB.