Pelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) SJK Chung Hua Sejijak
Posted on 17 Dec 2025
Source of News: NREB
PADAWAN, 16 Disember 2025 – Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua Sejijak telah dilancarkan dengan jayanya dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan sekolah berkenaan. Majlis ini melibatkan penyertaan seramai 90 orang murid, 18 orang guru dan kakitangan sekolah serta tiga orang Ahli Lembaga Pengerusi Sekolah.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran pegawai Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) iaitu SAECO Alvin Martin Anak Geris, EA Jerleus Anak Rapo dan PKA Hamzah Bin Sahak. Antara pengisian program ialah nyanyian lagu rasmi, persembahan kebudayaan murid, ucapan alu-aluan oleh Guru Besar, gimik pelancaran Kelab PALS serta persembahan Eco-Fashion.
Hadiah turut disampaikan kepada pemenang Pertandingan Mewarna Poster Alam Sekitar dan Eco-Fashion. Sebelum majlis bermula, aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah telah diadakan bagi memupuk kesedaran cintakan alam sekitar dalam kalangan warga sekolah.
PINDAAN BORANG PERMOHONAN PEMBELIAN BARANGAN / PERKHIDMATAN SEHINGGA RM20,OOO
MAKLUMAN INI UNTUK KAKITANGAN NREB SAHAJA
PINDAAN BORANG PERMOHONAN PEMBELIAN BARANGAN / PERKHIDMATAN SEHINGGA RM20,000
Untuk makluman, pihak pengurusan NREB telah meluluskan pindaan had kelulusan pembelian barangan/perkhidmatan oleh PRO/SRO daripada RM1,000 kepada RM20,000. Sehubungan itu, Borang Permohonan Pembelian Barangan/Perkhidmatan juga telah dipinda bagi tujuan tersebut. Dilampirkan bersama adalah Borang Permohonan Pembelian Barangan/Perkhidmatan untuk makluman pihak tuanipuan dan borang inijuga boleh dirujuk di laman website NREB.