Perasmian Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) SK Sungai Liuk, Mukah
Posted on 04 Dec 2025
Source of News: NREB
Mukah, 3 Disember 2025 – Majlis Perasmian Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) SK Sungai Liuk telah berjaya dilaksanakan di Dewan Sri Temuai dengan penglibatan pegawai daripada Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) iaitu AECO Daylind Paya, SEA Zulfadli bin Tajuddin dan EA Herman Luyan. Program ini dianjurkan oleh Kelab PALS sekolah dan dihadiri 14 orang guru, murid Tahap 2 serta para pemenang pertandingan.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan Guru Besar sebelum ucapan perasmian disempurnakan oleh AECO Daylind. Antara pengisian menarik ialah gimik perasmian, aktiviti memasukkan bahan buangan ke dalam tong kitar semula serta persembahan murid melalui nyanyian Lagu Hijau.
Program turut menyaksikan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna poster dan reka cipta bahan terpakai, diikuti sesi melawat pameran hasil kreatif murid sebelum majlis bersurai.
PINDAAN BORANG PERMOHONAN PEMBELIAN BARANGAN / PERKHIDMATAN SEHINGGA RM20,OOO
MAKLUMAN INI UNTUK KAKITANGAN NREB SAHAJA
PINDAAN BORANG PERMOHONAN PEMBELIAN BARANGAN / PERKHIDMATAN SEHINGGA RM20,000
Untuk makluman, pihak pengurusan NREB telah meluluskan pindaan had kelulusan pembelian barangan/perkhidmatan oleh PRO/SRO daripada RM1,000 kepada RM20,000. Sehubungan itu, Borang Permohonan Pembelian Barangan/Perkhidmatan juga telah dipinda bagi tujuan tersebut. Dilampirkan bersama adalah Borang Permohonan Pembelian Barangan/Perkhidmatan untuk makluman pihak tuanipuan dan borang inijuga boleh dirujuk di laman website NREB.