Pelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) SJK(C) Tiong Ho, Sarikei
Posted on 04 Dec 2025
Source of News: NREB
Sarikei, 3 Disember 2025 – Majlis Pelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) di SJK(C) Tiong Ho berlangsung dengan jayanya di Dewan Terbuka sekolah tersebut. Seramai 42 murid dan 14 guru hadir bagi memeriahkan program yang bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar dalam kalangan warga sekolah.
Majlis turut disertai pegawai daripada Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), iaitu AECO Anelka Frankie, SEA Tony Nira dan PK Kendawang Lepang. Program dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku, diikuti ucapan Guru Besar, En. Tiong Yii Hii, sebelum perasmian kelab disempurnakan oleh wakil NREB.
Antara pengisian menarik ialah gimik pelancaran, penanaman tiga keratan pokok di kawasan sekolah, serta penyampaian hadiah pertandingan mewarna poster dan kuiz alam sekitar. Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian cenderamata dan bergambar.
PINDAAN BORANG PERMOHONAN PEMBELIAN BARANGAN / PERKHIDMATAN SEHINGGA RM20,OOO
MAKLUMAN INI UNTUK KAKITANGAN NREB SAHAJA
PINDAAN BORANG PERMOHONAN PEMBELIAN BARANGAN / PERKHIDMATAN SEHINGGA RM20,000
Untuk makluman, pihak pengurusan NREB telah meluluskan pindaan had kelulusan pembelian barangan/perkhidmatan oleh PRO/SRO daripada RM1,000 kepada RM20,000. Sehubungan itu, Borang Permohonan Pembelian Barangan/Perkhidmatan juga telah dipinda bagi tujuan tersebut. Dilampirkan bersama adalah Borang Permohonan Pembelian Barangan/Perkhidmatan untuk makluman pihak tuanipuan dan borang inijuga boleh dirujuk di laman website NREB.