Pelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) SK Selanjan, Sri Aman
Posted on 05 Dec 2025
Source of News: NREB
Sri Aman, 4 Disember 2025 – Majlis Pelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) Sekolah Kebangsaan Selanjan telah diadakan dengan jayanya di Dewan Bukit Selanjan. Program tersebut bertujuan memupuk minat serta kesedaran murid terhadap pemeliharaan alam sekitar, sekali gus mengukuhkan usaha sekolah dalam pendidikan kelestarian.
Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) diwakili oleh AECO Mohd Syafiq bin Abdul Majid, dengan turut disertai EA Al Hafiz bin Abdul Azidi. Program menerima sambutan menggalakkan dengan kehadiran 12 guru dan staf, 58 murid serta 50 wakil PIBG.
Antara pengisian utama ialah persembahan murid, gimik pelancaran, pertandingan mewarna, pertandingan kuiz dan pertandingan reka cipta bahan terbuang, selain penyerahan sijil jalinan kerjasama.
Pelaksanaan program ini berjaya meningkatkan kesedaran awal murid mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar dan mengeratkan kerjasama antara sekolah dan pihak NREB.
PINDAAN BORANG PERMOHONAN PEMBELIAN BARANGAN / PERKHIDMATAN SEHINGGA RM20,OOO
MAKLUMAN INI UNTUK KAKITANGAN NREB SAHAJA
PINDAAN BORANG PERMOHONAN PEMBELIAN BARANGAN / PERKHIDMATAN SEHINGGA RM20,000
Untuk makluman, pihak pengurusan NREB telah meluluskan pindaan had kelulusan pembelian barangan/perkhidmatan oleh PRO/SRO daripada RM1,000 kepada RM20,000. Sehubungan itu, Borang Permohonan Pembelian Barangan/Perkhidmatan juga telah dipinda bagi tujuan tersebut. Dilampirkan bersama adalah Borang Permohonan Pembelian Barangan/Perkhidmatan untuk makluman pihak tuanipuan dan borang inijuga boleh dirujuk di laman website NREB.