Program Alam Sekitar Bersama WormingUP di SK Long Anap & SK Long Moh, Miri
Posted on 24 Nov 2025
Source of News: NREB
MIRI, 19 & 21 Nov — Program Alam Sekitar bersama WormingUP telah dijalankan pada 19 dan 21 November 2025 di SK Long Anap dan SK Long Moh, dengan penglibatan pegawai NREB Miri iaitu AECO Jaclyn Ak Welling, SEA Kennedy Ak Nujong, EA Mohd Azmi Bin Lamit, dan PKA Hatta Bin Tarmizi. Pada hari pertama di SK Long Anap, aktiviti utama termasuk menanam 10 batang anak pokok serta ceramah bertajuk Pengurusan Sisa Pepejal oleh pihak NREB. Seramai 25 murid dan 14 guru terlibat dalam program tersebut.
Hari kedua di SK Long Moh menampilkan aktiviti menanam 11 batang anak pokok, ceramah bertemakan alam sekitar, serta sesi promosi Kelab PALS kepada guru sekolah oleh pegawai NREB. Seramai 33 murid dan 3 guru menyertai program ini. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan kelestarian alam sekitar serta mempromosikan penyertaan aktif dalam Kelab PALS melalui aktiviti praktikal dan interaktif.
PINDAAN BORANG PERMOHONAN PEMBELIAN BARANGAN / PERKHIDMATAN SEHINGGA RM20,OOO
MAKLUMAN INI UNTUK KAKITANGAN NREB SAHAJA
PINDAAN BORANG PERMOHONAN PEMBELIAN BARANGAN / PERKHIDMATAN SEHINGGA RM20,000
Untuk makluman, pihak pengurusan NREB telah meluluskan pindaan had kelulusan pembelian barangan/perkhidmatan oleh PRO/SRO daripada RM1,000 kepada RM20,000. Sehubungan itu, Borang Permohonan Pembelian Barangan/Perkhidmatan juga telah dipinda bagi tujuan tersebut. Dilampirkan bersama adalah Borang Permohonan Pembelian Barangan/Perkhidmatan untuk makluman pihak tuanipuan dan borang inijuga boleh dirujuk di laman website NREB.