Kempen Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (BEE) & Minyak Terpakai Anjuran Chemsains
Posted on 24 Nov 2025
Source of News: NREB
KUCHING, 22 Nov - Program Kempen Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (BEE) dan Minyak Terpakai telah berlangsung di kawasan tempat letak kereta terbuka Chemsains dengan penglibatan pegawai NREB, Nurfarahin Yusop dan Salmiah Bluko, bersama lima wakil DOE dan lima wakil Chemsains.
Program ini turut disokong oleh vendor kitar semula termasuk Kim Huang Used Cooking Oil dan Trienekens E-Waste, yang membantu pengumpulan barangan buangan elektrik dan elektronik serta minyak terpakai daripada orang ramai. Kempen dirasmikan oleh Pengarah Chemsains, Ir. Brian Chong. Sepanjang program, sebanyak satu lori penuh BEE dan satu tangki minyak terpakai berjaya dikumpulkan. Sambutan daripada orang ramai dilaporkan memuaskan.
PINDAAN BORANG PERMOHONAN PEMBELIAN BARANGAN / PERKHIDMATAN SEHINGGA RM20,OOO
MAKLUMAN INI UNTUK KAKITANGAN NREB SAHAJA
PINDAAN BORANG PERMOHONAN PEMBELIAN BARANGAN / PERKHIDMATAN SEHINGGA RM20,000
Untuk makluman, pihak pengurusan NREB telah meluluskan pindaan had kelulusan pembelian barangan/perkhidmatan oleh PRO/SRO daripada RM1,000 kepada RM20,000. Sehubungan itu, Borang Permohonan Pembelian Barangan/Perkhidmatan juga telah dipinda bagi tujuan tersebut. Dilampirkan bersama adalah Borang Permohonan Pembelian Barangan/Perkhidmatan untuk makluman pihak tuanipuan dan borang inijuga boleh dirujuk di laman website NREB.