Pelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) di SK Sri Aman
Posted on 27 Nov 2025
Source of News: NTREB
SRI AMAN, 26 Nov — Pelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) di SK Sri Aman telah berlangsung di Dewan Inspirasi Lestari dengan penglibatan 58 guru dan staf serta 247 murid. Majlis turut dihadiri pegawai NREB, AECO Mohd. Syafiq bin Abdul Majid dan EA Al Hafiz bin Abdul Azidi.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan, bacaan doa serta ucapan Guru Besar, diikuti ucapan wakil NREB sebelum pelancaran rasmi Kelab PALS. Pelbagai aktiviti seperti pertandingan mewarna, Kuiz Alam Sekitar dan pertandingan video bertema pencemaran turut diadakan bagi meningkatkan kesedaran murid mengenai penjagaan alam sekitar.
Program ini bertujuan memupuk pengetahuan, kreativiti dan kerjasama murid dalam memelihara alam sekitar. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang.
PINDAAN BORANG PERMOHONAN PEMBELIAN BARANGAN / PERKHIDMATAN SEHINGGA RM20,OOO
MAKLUMAN INI UNTUK KAKITANGAN NREB SAHAJA
PINDAAN BORANG PERMOHONAN PEMBELIAN BARANGAN / PERKHIDMATAN SEHINGGA RM20,000
Untuk makluman, pihak pengurusan NREB telah meluluskan pindaan had kelulusan pembelian barangan/perkhidmatan oleh PRO/SRO daripada RM1,000 kepada RM20,000. Sehubungan itu, Borang Permohonan Pembelian Barangan/Perkhidmatan juga telah dipinda bagi tujuan tersebut. Dilampirkan bersama adalah Borang Permohonan Pembelian Barangan/Perkhidmatan untuk makluman pihak tuanipuan dan borang inijuga boleh dirujuk di laman website NREB.