Kempen Beli Balik Barangan Kitar Semula, Elektrik/Elektronik dan Pengumpulan Minyak Masak Terpakai serta Sumbangan Pakaian Terpakai, Padawan
Posted on 19 Oct 2025
Source of News: NREB
Padawan 18 Okt 2025 Sabtu - Majlis Perbandaran Padawan (MPP) akan mengadakan Kempen Beli Balik Barangan Kitar Semula, Sisa Elektrik/Elektronik dan Pengumpulan Minyak Masak Terpakai serta Sumbangan Pakaian Terpakai dengan kerjasama pelbagai Agensi dan NGO’s seperti Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Jabatan Alam Sekitar (JAS), DNS Waste Management Sdn.Bhd., Kim Huang Enterprise dan Tzu Chi Foundation Kuching. Kempen berlangsung seawal pukul 8:30 pagi bertempat di hadapan MPP Pitcher Plant Garden, Batu 10, Padawan. Perasmian E-Waste Campaign ini oleh MBKS Mayor Dato Wee Hong Seng.
PINDAAN BORANG PERMOHONAN PEMBELIAN BARANGAN / PERKHIDMATAN SEHINGGA RM20,OOO
MAKLUMAN INI UNTUK KAKITANGAN NREB SAHAJA
PINDAAN BORANG PERMOHONAN PEMBELIAN BARANGAN / PERKHIDMATAN SEHINGGA RM20,000
Untuk makluman, pihak pengurusan NREB telah meluluskan pindaan had kelulusan pembelian barangan/perkhidmatan oleh PRO/SRO daripada RM1,000 kepada RM20,000. Sehubungan itu, Borang Permohonan Pembelian Barangan/Perkhidmatan juga telah dipinda bagi tujuan tersebut. Dilampirkan bersama adalah Borang Permohonan Pembelian Barangan/Perkhidmatan untuk makluman pihak tuanipuan dan borang inijuga boleh dirujuk di laman website NREB.