Kuching 11 Okt 2025 Sabtu - Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan NREB FC, yang merupakan gabungan staf daripada Ibu Pejabat serta Pejabat-Pejabat Bahagian NREB, atas semangat kerjasama berpasukan dan komitmen tinggi yang telah ditunjukkan dalam Perlawanan Persahabatan menentang pasukan DOA FC (Jabatan Pertanian Sarawak). erlawanan yang telah dianjurkan oleh Kelab Rekreasi dan Kebajikan Kakitangan (KERENA) NREB HQ ini berlangsung di Padang KDFA, Kuching dan menyaksikan pasukan NREB FC menang dengan keputusan 3-1. Kemenangan ini mencerminkan semangat kesukanan, disiplin serta kerjasama erat antara warga NREB. Semoga semangat berpasukan ini dapat diteruskan dalam aktiviti-aktiviti akan datang bagi memperkukuhkan hubungan silaturahim dan semangat kekitaan di kalangan warga kerja NREB.
PINDAAN BORANG PERMOHONAN PEMBELIAN BARANGAN / PERKHIDMATAN SEHINGGA RM20,OOO
MAKLUMAN INI UNTUK KAKITANGAN NREB SAHAJA
PINDAAN BORANG PERMOHONAN PEMBELIAN BARANGAN / PERKHIDMATAN SEHINGGA RM20,000
Untuk makluman, pihak pengurusan NREB telah meluluskan pindaan had kelulusan pembelian barangan/perkhidmatan oleh PRO/SRO daripada RM1,000 kepada RM20,000. Sehubungan itu, Borang Permohonan Pembelian Barangan/Perkhidmatan juga telah dipinda bagi tujuan tersebut. Dilampirkan bersama adalah Borang Permohonan Pembelian Barangan/Perkhidmatan untuk makluman pihak tuanipuan dan borang inijuga boleh dirujuk di laman website NREB.