NREB Naib Johan Kategori Penguatkuasa dalam Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa Sambutan Hari Lahir Ke-79 TYT Sarawak
Posted on 12 Oct 2025
Source of News: NREB
Kuching 11 Oktober 2025 Sabtu - Syabas dan tahniah kepada pasukan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak berjaya merangkul Naib Johan Kategori Penguatkuasa dalam Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa sempena Sambutan Hari Lahir Ke-79 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, yang berlangsung di Padang Merdeka pada 11 Oktober 2025. Lebih 110 kontinjen daripada pelbagai jabatan, agensi dan institusi turut mengambil bahagian menjadikan suasana di Padang Merdeka penuh warna serta semangat. Teruskan semangat ini, Pasukan NREB.
PINDAAN BORANG PERMOHONAN PEMBELIAN BARANGAN / PERKHIDMATAN SEHINGGA RM20,OOO
MAKLUMAN INI UNTUK KAKITANGAN NREB SAHAJA
PINDAAN BORANG PERMOHONAN PEMBELIAN BARANGAN / PERKHIDMATAN SEHINGGA RM20,000
Untuk makluman, pihak pengurusan NREB telah meluluskan pindaan had kelulusan pembelian barangan/perkhidmatan oleh PRO/SRO daripada RM1,000 kepada RM20,000. Sehubungan itu, Borang Permohonan Pembelian Barangan/Perkhidmatan juga telah dipinda bagi tujuan tersebut. Dilampirkan bersama adalah Borang Permohonan Pembelian Barangan/Perkhidmatan untuk makluman pihak tuanipuan dan borang inijuga boleh dirujuk di laman website NREB.