Kempen Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (BEE) sempena Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Sarawak, Sibu
Posted on 13 Oct 2025
Source of News: NREB
Lokasi: Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 1, Sibu
Tarikh: 11 – 12 Oktober 2025 (Sabtu & Ahad)
Masa: 8.30 pagi – 4.30 petang
Kempen Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (BEE) sempena Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Sarawak bagi daerah Sibu telah berlangsung pada 11 dan 12 Oktober 2025 bertempat di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 1, Sibu, dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.
Antara aktiviti utama yang dijalankan termasuklah pengumpulan barangan elektrik dan elektronik terpakai (e-waste), bahan-bahan kitar semula serta minyak masak terpakai daripada penduduk sekitar.
Program ini melibatkan kerjasama pihak Majlis Perbandaran Sibu, Jabatan Alam Sekitar (DOE) serta Tung Seng Enterprise Sdn. Bhd. dan Timuran Kembangan Sdn. Bhd.
PINDAAN BORANG PERMOHONAN PEMBELIAN BARANGAN / PERKHIDMATAN SEHINGGA RM20,OOO
MAKLUMAN INI UNTUK KAKITANGAN NREB SAHAJA
PINDAAN BORANG PERMOHONAN PEMBELIAN BARANGAN / PERKHIDMATAN SEHINGGA RM20,000
Untuk makluman, pihak pengurusan NREB telah meluluskan pindaan had kelulusan pembelian barangan/perkhidmatan oleh PRO/SRO daripada RM1,000 kepada RM20,000. Sehubungan itu, Borang Permohonan Pembelian Barangan/Perkhidmatan juga telah dipinda bagi tujuan tersebut. Dilampirkan bersama adalah Borang Permohonan Pembelian Barangan/Perkhidmatan untuk makluman pihak tuanipuan dan borang inijuga boleh dirujuk di laman website NREB.