Program Kesedaran Alam Sekitar di Rumah Bujang Empayang Baruh, Kabong
Posted on 14 Sep 2025
Source of News: NREB
Kabong 13 Sept 2025 Sabtu - Program Kesedaran Alam Sekitar diadakan di Rumah Bujang Empayang Baruh, Kabong bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran komuniti setempat mengenai kepentingan pemeliharaan serta pemuliharaan alam sekitar. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Mohd Chee bin Kadir merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.40 Kabong. Secara keseluruhannya, Program Kesedaran Alam Sekitar di Rumah Bujang Empayang Baruh, Kabong telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan yang sangat menggalakkan dengan jumlah seramai 358 penyertaan daripada masyarakat setempat serta sokongan pelbagai agensi kerajaan. Aktiviti pengumpulan dan pembelian minyak masak juga telah berjaya mengumpul sebanyak 167 kg minyak masak terpakai semasa program dijalankan. Program ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang dengan pengisian yang lebih menyeluruh bagi memastikan kesedaran dan penghayatan terhadap pemeliharaan alam sekitar terus berkembang dalam kalangan masyarakat.
PINDAAN BORANG PERMOHONAN PEMBELIAN BARANGAN / PERKHIDMATAN SEHINGGA RM20,OOO
MAKLUMAN INI UNTUK KAKITANGAN NREB SAHAJA
PINDAAN BORANG PERMOHONAN PEMBELIAN BARANGAN / PERKHIDMATAN SEHINGGA RM20,000
Untuk makluman, pihak pengurusan NREB telah meluluskan pindaan had kelulusan pembelian barangan/perkhidmatan oleh PRO/SRO daripada RM1,000 kepada RM20,000. Sehubungan itu, Borang Permohonan Pembelian Barangan/Perkhidmatan juga telah dipinda bagi tujuan tersebut. Dilampirkan bersama adalah Borang Permohonan Pembelian Barangan/Perkhidmatan untuk makluman pihak tuanipuan dan borang inijuga boleh dirujuk di laman website NREB.