NREB Mukah sertai Program One Hour Malaysia Clean Up Beach Plogging Day di Pantai Kala Dana, Mukah
Posted on 13 Jul 2025
Source of News: NREB
Mukah 12 Julai 2025 Sabtu - Program bersempena Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Parlimen P213 Mukah dan Hari Tibi Peringkat Bahagian Mukah 2025 anjuran Pejabat Kesihatan Bahagian Mukah dan turut dijemput rakan strategik ANMS P213 - Majlis Daerah Dalat dan Mukah, NREB Bahagian Mukah, Pejabat KEMAS Bahagian Mukah dan Pejabat Perpaduan Bahagian Mukah. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah TB Fun Run dan Plogging di Pantai Kala Dana yang dijayakan oleh Yang Berhormat Parlimen P213 Mukah, pegawai-pegawai dan wakil dari agensi dan jabatan rakan strategik seperti ANMS, guru-guru penasihat Kelab Doktor Muda dan Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) Bahagian Mukah.
PINDAAN BORANG PERMOHONAN PEMBELIAN BARANGAN / PERKHIDMATAN SEHINGGA RM20,OOO
MAKLUMAN INI UNTUK KAKITANGAN NREB SAHAJA
PINDAAN BORANG PERMOHONAN PEMBELIAN BARANGAN / PERKHIDMATAN SEHINGGA RM20,000
Untuk makluman, pihak pengurusan NREB telah meluluskan pindaan had kelulusan pembelian barangan/perkhidmatan oleh PRO/SRO daripada RM1,000 kepada RM20,000. Sehubungan itu, Borang Permohonan Pembelian Barangan/Perkhidmatan juga telah dipinda bagi tujuan tersebut. Dilampirkan bersama adalah Borang Permohonan Pembelian Barangan/Perkhidmatan untuk makluman pihak tuanipuan dan borang inijuga boleh dirujuk di laman website NREB.