Kunjungan Hormat NREB Bahagian Limbang ke Pejabat Residen Bahagian Limbang
Posted on 08 Apr 2025
Source of News: NREB
Limbang 7 Apr 2025 Isnin - NREB Bahagian Limbang diketuai oleh ECO Jackson serta 6 orang kakitangan lain telah mengadakan kunjungan hormat ke YBhg. Tuan Haji Unus bin Tambi, Residen Bahagian Limbang. Kunjungan ini bertujuan untuk memperkenalkan kakitangan baru serta memaklumkan mengenai tanggungjawab baru yang akan diambil alih oleh pihak NREB daripada DOE selaras dengan pelaksanaan MA63. Dalam pertemuan tersebut juga, pihak NREB telah memohon agar pejabat NREB dimasukkan semula dalam senarai di IAC Limbang, serta berbincang mengenai peluang kerjasama antara NREB dan Pejabat Residen dalam melaksanakan program-program berkaitan alam sekitar di bahagian ini.
PINDAAN BORANG PERMOHONAN PEMBELIAN BARANGAN / PERKHIDMATAN SEHINGGA RM20,OOO
MAKLUMAN INI UNTUK KAKITANGAN NREB SAHAJA
PINDAAN BORANG PERMOHONAN PEMBELIAN BARANGAN / PERKHIDMATAN SEHINGGA RM20,000
Untuk makluman, pihak pengurusan NREB telah meluluskan pindaan had kelulusan pembelian barangan/perkhidmatan oleh PRO/SRO daripada RM1,000 kepada RM20,000. Sehubungan itu, Borang Permohonan Pembelian Barangan/Perkhidmatan juga telah dipinda bagi tujuan tersebut. Dilampirkan bersama adalah Borang Permohonan Pembelian Barangan/Perkhidmatan untuk makluman pihak tuanipuan dan borang inijuga boleh dirujuk di laman website NREB.