Kempen Beli Balik Barangan Kitar Semula, Sisa Elektrik/Elektronik dan Minyak Masak Terpakai serta Sumbangan Pakaian Terpakai di Padawan
Posted on 10 Nov 2024
Source of News: NREB
Kuching 9 Nov 2024 Sabtu - Majlis Perbandaran Padawan (MPP) telah mengadakan Kempen Beli Balik Barangan Kitar Semula, Sisa Elektrik/Elektronik dan Minyak Masak Terpakai serta Sumbangan Pakaian Terpakai bertempat di tempat parker Pusat Komersial Berdekatan JPJ, Batu 12. Program ini diadakan dengan kerjasama pelbagai agensi dan NGO’s seperti Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Trienekens (Sarawak) Sdn.Bhd., Tzu Chi Foundation Kuching dan Kim Huang Enterprise.
Aktiviti bermula seawal pukul 7.45 pagi. Pegawai NREB terlibat - SAECO Cornelius Ra-O, SEA Jonathan Mading dan EA Franky Ajang Dudong. Antara aktiviti lain - taklimat ringkas dari Penyelaras Kempen BEE. Laporan Disediakan oleh SAECO Cornelius ak. Ra-O
PINDAAN BORANG PERMOHONAN PEMBELIAN BARANGAN / PERKHIDMATAN SEHINGGA RM20,OOO
MAKLUMAN INI UNTUK KAKITANGAN NREB SAHAJA
PINDAAN BORANG PERMOHONAN PEMBELIAN BARANGAN / PERKHIDMATAN SEHINGGA RM20,000
Untuk makluman, pihak pengurusan NREB telah meluluskan pindaan had kelulusan pembelian barangan/perkhidmatan oleh PRO/SRO daripada RM1,000 kepada RM20,000. Sehubungan itu, Borang Permohonan Pembelian Barangan/Perkhidmatan juga telah dipinda bagi tujuan tersebut. Dilampirkan bersama adalah Borang Permohonan Pembelian Barangan/Perkhidmatan untuk makluman pihak tuanipuan dan borang inijuga boleh dirujuk di laman website NREB.