Kapit 9 Nov 2024 Sabtu - Jemputan Mengadakan Pameran, Ceramah Dan Sebagai Juri Pertandingan Inno-Waste 2.0 sempena Bulan Kitar Semula Majlis Daerah Kapit. Program diadakan di SMK Kapit. Pegawai NREB terlibat - 1. SECO Edmund Macmiller, 2. SAECO Bakar Sirai dan 3. SEA Dunstan. Dirasmikan oleh Walikota Majlis Daerah Kapit (Cr. Lating ak Minggang).
Aktiviti yang diadakan :
1. Ceramah "Solid Wastes Management & Way Forward: Sarawak Prospective" (NREB) - pembentangan dwibahasa + quizzes
2. Penilaian sesi Pembentangan & Hasil Inno Waste 2.0 peringkat Sekolah Rendah & Sekolah Menengah (NREB Ketua Juri + 2 Guru jemputan)
3. Pameran NREB, Majlis Daerah Kapit, & Pejabat Kesihatan Bhgn Kapit.
4. Pelancaran Tong Sampah 3R untuk bahan buangan kertas, plastik, & tin di SMK Kapit, sempena sambutan Bulan Kitar Semula Majlis Daerah Kapit.
5. Sesi penanaman pokok sebagai kenangan program diadakan di SMK Kapit.
Jemputan Khas hadir Bersama ialah Setiausaha MDK En.Kelimbik dan wakil Residen Kapit, SAO Rolyn Terrence. Turut hadir wakil Jabatan Pendidikan Daerah Kapit dan wakil Pengetua SMK Kapit. Dianggarkan sekitar 120 peserta (majoriti adalah pelajar & Guru pengiring dari 7 sekolah), kaunselor dan kakitangan Majlis Daerah Kapit, beserta para guru-guru SMK Kapit. Ini merupakan program sulung dan usahasama yang pertama kali NREB Bahagian Kapit bersama Majlis Daerah Kapit.
Laporan oleh: SECO Edmund Macmiller, Ketua Pejabat NREB Bahagian Kapit.
