Sambutan Hari Keluarga NREB Wilayah Tengah di Bintulu
Posted on 04 Nov 2024
Source of News: NREB
Bintulu, 3 Nov 2024 Ahad - Hari Keluarga NREB Wilayah Tengah telah diadakan sempena Ulang Tahun NREB yang ke-30. Hari Keluarga bagi wilayah tengah ini telah disertai oleh seramai 101 peserta yang terdiri daripada staf NREB bahagian Sibu, Mukah dan Kapit beserta ahli keluarga masing-masing di Hotel Parkcity Everly, Bintulu bermula 02 hingga 03 November 2024.
Penolong Controller En. Kenny Poon mewakili ketua jabatan telah menjadi tetamu kehormat pada majlis tersebut. Acara yang diadakan adalah sukaneka, makan malam dan lawatan ke Taman Tumbina, Bintulu. AJK Hari Keluarga NREB Wilayah Tengah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Pengurusan NREB diatas sokongan yang diberikan.
PINDAAN BORANG PERMOHONAN PEMBELIAN BARANGAN / PERKHIDMATAN SEHINGGA RM20,OOO
MAKLUMAN INI UNTUK KAKITANGAN NREB SAHAJA
PINDAAN BORANG PERMOHONAN PEMBELIAN BARANGAN / PERKHIDMATAN SEHINGGA RM20,000
Untuk makluman, pihak pengurusan NREB telah meluluskan pindaan had kelulusan pembelian barangan/perkhidmatan oleh PRO/SRO daripada RM1,000 kepada RM20,000. Sehubungan itu, Borang Permohonan Pembelian Barangan/Perkhidmatan juga telah dipinda bagi tujuan tersebut. Dilampirkan bersama adalah Borang Permohonan Pembelian Barangan/Perkhidmatan untuk makluman pihak tuanipuan dan borang inijuga boleh dirujuk di laman website NREB.