NREB Jawatankuasa Penginapan Sukan Para SUKMA XXI Sarawak 2024
Posted on 30 Sep 2024
Source of News: NREB
Kuching 29 Sept 2024 Ahad - Seramai 10 orang staf NREB telah terlibat di dalam Jawatankuasa Penginapan untuk sukan Para Tenpin Bowling di Citadines Uplands dan juga JK Penginapan untuk petugas POLIS di Long House Hotel dan OYO Hotel semasa temasya Sukan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 dari 20 sehingga 29 September 2024.
NREB juga terlibat sebagai JK Cederamata untuk Majlis Pelancaran Penginapan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 di Raia Hotel pada 20 September 2024. Terima kasih kepada pihak pengurusan yang telah memberikan pelepasan sejak dari 17 sehingga 30 September 2024 untuk JK Penginapan membuat persiapan bagi tugasan yang telah diamanahkan oleh JK Induk Penginapan MUDeNR.
PINDAAN BORANG PERMOHONAN PEMBELIAN BARANGAN / PERKHIDMATAN SEHINGGA RM20,OOO
MAKLUMAN INI UNTUK KAKITANGAN NREB SAHAJA
PINDAAN BORANG PERMOHONAN PEMBELIAN BARANGAN / PERKHIDMATAN SEHINGGA RM20,000
Untuk makluman, pihak pengurusan NREB telah meluluskan pindaan had kelulusan pembelian barangan/perkhidmatan oleh PRO/SRO daripada RM1,000 kepada RM20,000. Sehubungan itu, Borang Permohonan Pembelian Barangan/Perkhidmatan juga telah dipinda bagi tujuan tersebut. Dilampirkan bersama adalah Borang Permohonan Pembelian Barangan/Perkhidmatan untuk makluman pihak tuanipuan dan borang inijuga boleh dirujuk di laman website NREB.