Miri 21 Sept 2024 Sabtu - Program Kesedaran Alam Sekitar Kebersihan Sungai Miri 2024 Anjuran bersama Petronas di Dewan Serbaguna Kompleks Islam Sarawak Miri. Tetamu Kehormat Yang Berusaha Kaunselor Leslie Lau Ik Chie mewakili Yang Berhormat Datuk Sebastian Ting Chiew Yew Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak.
Pegawai terlibat : Staf CAD NREB HQ & NREB Miri
Ceramah yang diberikan:
1. Kepentingan Memelihara dan Memulihara Sungai oleh NREB HQ
2. Kualiti Air Sungai Miri oleh JAS
3. Penyakit Bawaan Air dan Pencegahan Denggi oleh PKBM
4. Keselamatan Sungai oleh SRB
5. Pengurusan Sisa Pepejal oleh MCC
Pameran turut diadakan oleh agensi NREB, SRB, PKBM, MCC dan Petronas. Seramai 189 orang peserta yang terdiri daripada agensi kerajaan, ketua masyarakat, ketua kaum, kaunselor, JKKK Kampung, penduduk kampung setempat dan pemain industri yang beroperasi di sepanjang Sungai Miri yang telah menghadiri program tersebut. Laporan oleh: AECO Seymand anak Bidali.