NREB denda syarikat, arah bersihkan semua sisa balak hanyut di Balai Ringin

Posted on 03 Sep 2024
Source of News: Utusan Borneo
log
Insiden sisa dan serpihan balak yang hanyut serta terapung di Sungai Krangan, Balai Ringin yang perlu dibersihkan dan dialihkan syarikat bertanggungjawab

KUCHING: Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak telah memulakan langkah penting untuk menangani insiden sisa dan serpihan balak yang hanyut serta terapung di Sungai Krangan, Balai Ringin.

Kontroler NREB Sarawak Jack Liam berkata insiden itu, yang berpunca daripada jentolak yang tidak terkawal dan pembukaan tanah oleh syarikat perladangan, telah membawa kepada kesan alam sekitar dan sosio-ekonomi yang ketara.

“Sungai yang terjejas bukan sahaja penting untuk bekalan air, tetapi juga berfungsi sebagai sumber penting untuk penduduk tempatan.

“Kami memandang serius perkara ini dan telah mengambil beberapa langkah,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Antaranya kata Jack, tindakan segera terhadap syarikat berkaitan, dimana mereka didenda kerana kesalahan pelanggaran mereka terutamanya untuk membersihkan zon penimbal (buffer zones) di sepanjang sungai ladang mereka.

Selain itu, NREB akan terus menjalankan siasatan berterusan dan menyeluruh untuk menentukan sama ada sama ada terdapat sebarang pelanggaran tambahan dalam zon penimbal. 

“Jika pelanggaran tambahan didapati, kami akan memulakan siasatan dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab, termasuk membawa mereka ke mahkamah untuk pendakwaan,” tegasnya.

Beliau memaklumkan antara tindakan lain termasuk mengarahkan syarikat berkenaan segera mengalih dan membersihkan semua serpihan serta kayu balak yang menghalang sungai.

Katanya tindakan itu penting untuk memulihkan aliran normal sungai, mencegah kemungkinan banjir, dan memastikan Titik Pengambilan Air (WIP) dan mata pencarian penduduk kampung dilindungi.

Beliau berkata syarikat juga dikehendaki memulihkan kawasan yang terdegradasi dengan menanam spesies pokok asli di zon penampan yang terjejas.

“Langkah ini perlu untuk memulihkan keseimbangan ekologi dan mencegah kerosakan alam sekitar yang serupa pada masa hadapan.

“NREB Sarawak komited untuk menguatkuasakan undang-undang alam sekitar dan memastikan kejadian sedemikian ditangani dengan cepat dan berkesan.

“Kami akan terus memantau keadaan dengan teliti, mengambil semua langkah yang perlu untuk melindungi alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat setempat, dan memastikan semua pihak berkaitan bertanggungjawab,” katanya.

Sementara itu semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin Datuk Snowdan Lawan menegaskan keadaan sisa dan serpihan balak yang hanyut serta terapung akan mengancam WIP di Balai Ringin.

Beliau mendedahkan bahawa punca tersebut dikenal pasti oleh NREB. 

"Pembersihan tapak sebelum ini oleh sebuah syarikat perladangan di hulu Sungai Krangan, Balai Ringin telah menyebabkan serpihan terapung, kayu dan balak telah hanyut di sungai itu selepas hujan lebat," kata NREB dalam laporannya yang dikongsi oleh Snowdan.

Jelasnya, keadaan ini akan mengancam WIP yang akan membekalkan air ke loji rawatan di kawasan terbabit.


Best viewed with Firefox, Google Chrome in 1920 x 1080 screen resolution.
© Copyright of Natural Resources And Environment Board Sarawak
Last Updated On 18 Sep 2024

Operation Hours :

Monday - Thursday
8:00 am - 1:00 pm & 2:00 pm - 5:00 pm
Friday
8:00 am - 11:45 am & 2:30 pm - 5:00 pm

Payment Counter :

Monday - Thursday
8:30 am - 12:30 noon & 2:00 pm - 3:00 pm
Friday
8:30 am - 11:00 am & 2:30 pm - 3:00 pm

* Close on Saturday, Sunday and Public Holiday
image Announcement