Program Kesedaran Alam Sekitar Bersama Komuniti di Sematan
Posted on 10 Jun 2024
Source of News: NREB
Sematan, 8 Jun 2024 Sabtu - Program Kesedaran Alam Sekitar bersama komuniti di daerah Sematan. Seramai 150 peserta daripada 22 buah kampung yang terdiri daripada Ketua – ketua masyarakat, ketua-ketua kaum dan penduduk kampung di sekitar Daerah Sematan menyertai program yang diadakan di Palm Beach Resort, Sematan pada 8 Jun 2024 (Sabtu). Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh YB Encik Azizul Annuar Bin Pehin Sri Haji Adenan ADUN N.3 Tanjong Datu. Agensi-agensi yang terlibat adalah Pejabat Residen Kuching, Pejabat Daerah Lundu, Majlis Daerah Lundu, Pejabat Daerah Kecil Sematan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, Sarawak Forestry Corporation dan UiTM Samarahan.
PINDAAN BORANG PERMOHONAN PEMBELIAN BARANGAN / PERKHIDMATAN SEHINGGA RM20,OOO
MAKLUMAN INI UNTUK KAKITANGAN NREB SAHAJA
PINDAAN BORANG PERMOHONAN PEMBELIAN BARANGAN / PERKHIDMATAN SEHINGGA RM20,000
Untuk makluman, pihak pengurusan NREB telah meluluskan pindaan had kelulusan pembelian barangan/perkhidmatan oleh PRO/SRO daripada RM1,000 kepada RM20,000. Sehubungan itu, Borang Permohonan Pembelian Barangan/Perkhidmatan juga telah dipinda bagi tujuan tersebut. Dilampirkan bersama adalah Borang Permohonan Pembelian Barangan/Perkhidmatan untuk makluman pihak tuanipuan dan borang inijuga boleh dirujuk di laman website NREB.