Tanggungjawab jaga alam sekitar usaha kolektif semua pihak – Azizul

Posted on 09 Jun 2024
Source of News: TVS
pals1
ADUN Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan menyerahkan sijil penghargaan kepada wakil kampung yang terlibat dalam program Kesedaran Alam Sekitar Bersama Komuniti di Sematan. Foto TVS

 
SEMATAN, 8 Jun 2024 Sabtu -  Program Kesedaran Alam Sekitar Bersama Komuniti di Sematan merupakan inisiatif berterusan yang dijalankan oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) dalam mendidik serta memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan penjagaan alam sekitar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan berkata, tanggungjawab dalam memastikan kelestarian alam sekitar untuk jangka masa panjang, merupakan usaha kolektif semua pihak, dan bukan tanggungjawab pihak tertentu sahaja.

“Alam sekitar merupakan aset yang penting bagi kita kerana kita sememangnya hidup di alam sekitar ini dan menjadi tanggungjawab kita untuk memeliharanya. Kita tidak mempunyai tempat lain untuk hidup.

“Saya bersyukur kerana di kawasan Tanjung Datu ini, masih lagi terdapat banyak hutan, pantai serta sungai yang dapat mengimbangi ekosistem kita ini,” katanya pada program Kesedaran Alam Sekitar Bersama Komuniti di Sematan hari ini.

Tambah Azizul, matlamat program tersebut antara lain adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu berkaitan pencemaran udara dan jerebu, pembakaran terbuka, perubahan iklim dan implikasi pencemaran terhadap kesihatan sejagat.

Seramai 150 peserta daripada 20 buah kampung di sekitar Sematan menyertai program yang diadakan di Palm Beach Resort, Sematan itu.

Selain NREB, agensi-agensi lain yang turut terlibat dalam program tersebut adalah Pejabat Residen Kuching, Pejabat Daerah Lundu, Majlis Daerah Lundu, Pejabat Daerah Kecil Sematan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, Sarawak Forestry Corporation dan UiTM Samarahan. – TVS


Best viewed with Firefox, Google Chrome in 1920 x 1080 screen resolution.
© Copyright of Natural Resources And Environment Board Sarawak
Last Updated On 18 Oct 2024

Operation Hours :

Monday - Thursday
8:00 am - 1:00 pm & 2:00 pm - 5:00 pm
Friday
8:00 am - 11:45 am & 2:30 pm - 5:00 pm

Payment Counter :

Monday - Thursday
8:30 am - 12:30 noon & 2:00 pm - 3:00 pm
Friday
8:30 am - 11:00 am & 2:30 pm - 3:00 pm

* Close on Saturday, Sunday and Public Holiday
image Announcement