Program Pemuliharaan Sungai Plan dilaksanakan dalam tempoh empat tahun

Posted on 06 Mar 2024
Source of News: TVS

oleh Salasiah Safian

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan pemeteraian MoU di antara MLNG Sdn Bhd dengan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) hari ini. Foto UKAS

BINTULU, 5 Mac 2024: Program Pemuliharaan Sungai Plan di Tanjung Kidurong, di sini, akan dilaksana dalam tempoh empat tahun bermula tahun 2024 hingga 2027.

Menurut Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dalam satu kenyataan, Program Pemuliharaan Sungai Plan merangkumi tiga komponen utama iaitu mewujudkan garis asas kualiti air, pemantauan secara berkala dan penghijauan tebing sungai yang melibatkan aktiviti penanaman 500 anak pokok di sepanjang kawasan Sungai Plan serta pelaksanaan program kesedaran pemuliharaan sungai dalam kalangan masyarakat dan pemain industri.

Sehubungan itu, PETRONAS menerusi anak syarikatnya, Malaysia LNG Sdn Bhd (MLNG) telah memeterai Perjanjian Persefahaman dengan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) bagi melaksanakan program pemuliharaan tersebut.

Perjanjian ini dimeterai oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Malaysia LNG Mohamed Syazwan Abdullah @ Laga Jenggi, Controller Kualiti Alam Sekitar Sarawak Jack Liam, dan Pengurus Besar BDA, Datu Muhamad Yakup Kari.

Pertukaran dokumen perjanjian persefahaman itu disaksikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini.

Sementara itu, menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Malaysia LNG Mohamed Syazwan Abdullah @ Laga Jenggi, Program Pemuliharaan Sungai Plan merupakan usaha pihaknya dalam menyokong agenda Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan Dasar Perubahan Iklim Sarawak yang menitikberatkan pertumbuhan hijau dan pengurusan sumber asli secara efisien, selaras dengan komitmen pihaknya ke arah Pelepasan Karbon Sifar Bersih 2050 (NZCE2050).

“Kami berharap menerusi program ini, kami dapat menyumbang kepada usaha memelihara dan memulihara ekosistem di kawasan sekitar tempat operasi kami serta menyemai sikap penjagaan alam sekitar dalam kalangan masyarakat tempatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Turut hadir Naib Presiden Kanan, Aset Malaysia, Urus Niaga Huluan, PETRONAS Hasliza Othman, Timbalan Menteri Perancang Bandar Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh dan Timbalan Pengerusi BDA, Dato Haidar Khan Asghar Khan. – TVS



Best viewed with Firefox, Google Chrome in 1920 x 1080 screen resolution.
© Copyright of Natural Resources And Environment Board Sarawak
Last Updated On 06 Sep 2024

Operation Hours :

Monday - Thursday
8:00 am - 1:00 pm & 2:00 pm - 5:00 pm
Friday
8:00 am - 11:45 am & 2:30 pm - 5:00 pm

Payment Counter :

Monday - Thursday
8:30 am - 12:30 noon & 2:00 pm - 3:00 pm
Friday
8:30 am - 11:00 am & 2:30 pm - 3:00 pm

* Close on Saturday, Sunday and Public Holiday
image Announcement