NREB SARAWAK SEDIA GALAS TUGAS JABATAN ALAM SEKITAR MULAI JANUARI 2025

Posted on 07 Mar 2024
Source of News: Berita RTM

Wartawan/Gambar: Firdaus Arasy Idris

Kuching, 7 Februari - Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar, NREB Sarawak, sedia galas tugas Jabatan Alam Sekitar Malaysia mulai Januari tahun depan.

Menurut Pengawal Kualiti Alam Sekitar NREB Sarawak, Jack Liam, perbincangan sedang giat berlangsung termasuk meneliti keupayaan Sarawak untuk mengurus dan melaksanakan aktiviti alam sekitar secara berkesan.

Peralihan kuasa ini juga katanya merupakan langkah besar dalam melaksanakan dasar alam sekitar negeri sempena Ulangtahun ke-30 NREB.

Antara yang utama ialah ekonomi hijau kearah sifar karbon, penangkapan dan simpanan karbon dan pengurusan sisa terjadual di Sarawak di bawah perpindahan autonomi Perjanjian Malaysia 1963, MA63.

Buat masa ini katanya NREB menguruskan lebih 1300 projek setahun seluruh negeri merangkumi projek hartanah, pertanian, perhutanan, kuari, lombong, akukultur, tapak pelupusan sampah dan penternakan.

Beliau berkata demikian di Malam Penghargaan Media di Kuching.

Pelbagai aktiviti akan dianjurkan sepanjang tahun ini bersempena sambutan ulang tahun ke-30 lembaga itu yang turut melibatkan program kelab pencinta Alam Sekitar Peringkat sekolah-sekolah.



Best viewed with Firefox, Google Chrome in 1920 x 1080 screen resolution.
© Copyright of Natural Resources And Environment Board Sarawak
Last Updated On 06 Sep 2024

Operation Hours :

Monday - Thursday
8:00 am - 1:00 pm & 2:00 pm - 5:00 pm
Friday
8:00 am - 11:45 am & 2:30 pm - 5:00 pm

Payment Counter :

Monday - Thursday
8:30 am - 12:30 noon & 2:00 pm - 3:00 pm
Friday
8:30 am - 11:00 am & 2:30 pm - 3:00 pm

* Close on Saturday, Sunday and Public Holiday
image Announcement