Tuntutan pemindahan autonomi alam sekitar Sarawak selesai pada 2025 – Len Talif

Posted on 01 Feb 2024
Source of News: TVS

(Bahasa Malaysia version only)

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Ulang Tahun Ke-30 (NREB) Sarawak di Menara Pelita, Kuching pada khamis. Foto TVS

oleh Handy G

Kuching, 1 Februari 2024 Khamis - Tuntutan Sarawak terhadap pemindahan autonomi alam sekitar akan dilaksanakan pada 1 Januari 2025, kata Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh.

Menurutnya tuntutan sedemikian akan membolehkan Sarawak dan Sabah mengimbangi kemajuan ekonomi dan memulihara ekologi menerusi pengurusan sumber bertanggungjawab.

Len mendedahkan usaha terhadap kerjasama berkenaan sedang diadakan dalam memastikan perpindahan kuasa berjalan lancar mengikut tempoh ditetapkan.

“NREB (Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar) telah diberi kepercayaan untuk mengambil alih sepenuhnya pengurusan sisa terjadual di Sarawak di bawah perpindahan autonomi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)  mengenai alam sekitar dari Jabatan Alam Sekitar menjelang 1 Januari 2025,” katanya pada Majlis Pelancaran Ulang Tahun Ke-30 NREB Sarawak di Menara Pelita, di sini pada Khamis.

Timbalan Pengerusi NREB Sarawak itu juga menambah, perbincangan giat berlangsung termasuk meneliti keupayaan Sarawak untuk mengurus dan melaksanakan aktiviti alam sekitar secara efektif.

“Ini bermaksud negeri mempunyai hak untuk menjalankan sebarang aktiviti alam sekitar, itulah sebabnya NREB dibentuk untuk mengkaji perkara tersebut dan sekarang dengan perbincangan MA63 yang sedang berlangsung, kami sedang menyelidik secara terperinci sambil melihat kapasiti dan keupayaan kita (Sarawak) untuk melaksanakan beberapa aspek seperti kewangan dan perundangan,” ujarnya.

Len mendedahkan rundingan sejak dua tahun itu juga dilaksanakan dengan penglibatan pelbagai kementerian lain yang berkaitan dengan alam sekitar. – TVS



Best viewed with Firefox, Google Chrome in 1920 x 1080 screen resolution.
© Copyright of Natural Resources And Environment Board Sarawak
Last Updated On 06 Sep 2024

Operation Hours :

Monday - Thursday
8:00 am - 1:00 pm & 2:00 pm - 5:00 pm
Friday
8:00 am - 11:45 am & 2:30 pm - 5:00 pm

Payment Counter :

Monday - Thursday
8:30 am - 12:30 noon & 2:00 pm - 3:00 pm
Friday
8:30 am - 11:00 am & 2:30 pm - 3:00 pm

* Close on Saturday, Sunday and Public Holiday
image Announcement