PBT disaran wujudkan Pusat Pengumpulan Berdaftar, jayakan Kempen Kutipan E-Waste

Posted on 09 Nov 2023
Source of News: TVS

KUCHING, 8 November 2023: Pengwujudan Pusat Pengumpulan Berdaftar boleh membantu usaha menjayakan Kempen Kutipan E-Waste di negeri ini, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian ketika berucap mewakili Premier Sarawak di Majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Negara, hari ini. Foto: TVS

Sehubungan itu, beliau mahu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mewujudkan pusat pengumpulan berkenaan yang membolehkan penerimaan dan pengutipan E-Waste (bahan buangan elektronik) daripada orang ramai, memandangkan Sarawak belum mempunyai pusat pengumpulan berdaftar tersebut.

“Justeru, saya menggalakkan Pusat Kitar Semula sedia ada untuk menjalani proses pendaftaran dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Dengan berbuat demikian, Sarawak akan mempunyai sistem yang lebih teratur untuk mengumpul dan mengurus e-sisa pada masa hadapan,” katanya menerusi teks ucapan yang dibaca Timbalannya, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian di Majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Negeri Sarawak 2023, hari ini.

Menurut Abang Johari, Kempen Kutipan E-Waste merupakan antara aktiviti yang dijalankan sempena Hari Alam Sekitar Negara bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai risiko alam sekitar yang berkaitan dengan sisa elektronik dan elektrik dan menyokong kaedah pelupusan yang selamat dan mesra alam dalam komuniti setempat.

Program yang telah dimulakan pada 2022 ini adalah dengan kerjasama Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), dan sektor swasta.

Beliau turut memaklumkan bahawa kempen itu telah memberi impak positif dan berjaya meningkatkan kesedaran rakyat Sarawak tentang kepentingan mengurus E-Waste dengan betul mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Pada tahun 2022, kempen kutipan E-Waste telah dijalankan di 26 lokasi di seluruh Sarawak, dengan kejayaan menghasilkan kutipan sebanyak 218,779 kg (218.779 tan metrik).

“Pencapaian ini menandakan rekod kedua tertinggi di Malaysia bagi tahun 2022,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu, sambutan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Sarawak 2023 hari ini turut menyaksikan penyampaian hadiah kepada 20 buah sekolah yang menyertai pertandingan Pengumpulan E-Waste antara sekolah.

Jumlah keseluruhan E-Waste terkumpul sepanjang tempoh pertandingan ialah sebanyak 12,943.6 kg (12.94 tan metrik). – TVS



Best viewed with Firefox, Google Chrome in 1920 x 1080 screen resolution.
© Copyright of Natural Resources And Environment Board Sarawak
Last Updated On 06 Sep 2024

Operation Hours :

Monday - Thursday
8:00 am - 1:00 pm & 2:00 pm - 5:00 pm
Friday
8:00 am - 11:45 am & 2:30 pm - 5:00 pm

Payment Counter :

Monday - Thursday
8:30 am - 12:30 noon & 2:00 pm - 3:00 pm
Friday
8:30 am - 11:00 am & 2:30 pm - 3:00 pm

* Close on Saturday, Sunday and Public Holiday
image Announcement