Jadikan Sarawak bebas ancaman perubahan iklim — Timbalan Premier

Posted on 09 Nov 2023
Source of News: DayakDaily

Dr Sim (empat kiri) merasmikan Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2023 di Kuching.

KUCHING, 8 November 2023: Timbalan Premier Sarawak Dato Amar Dr Sim Kui Hian menggesa seluruh rakyat berusaha menjadikan Sarawak bebas dari ancaman perubahan iklim.

Katanya, perubahan iklim adalah berkait dengan suhu melampau kesan daripada kerosakan yang dilakukan terhadap alam sekitar. “Perubahan iklim, sebenarnya ia tidak menyelamatkan Bumi, tetapi kalau dibendung ia menyelamatkan kita semua di Bumi ini.

“Maka apakah ini perubahan iklim, ia berkait dengan suhu melampau,” katanya di majlis Perasmian Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2023 di Atrium Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Sebagai contoh, tambah Dr Sim, Pasukan Ping Pong negara Saudi Arabia pada Mei lepas telah berada di Kuching. Katanya, mereka menjalani latihan selama 6 bulan di Kuching.

“Kemudian saya bertanya mengapa mereka disini. Jawapannya ialah di kawasan Selatan Carribean musim panas bermula ketika itu. “Tahukah anda berapa bacaan suhu di Selatan Carribean? Ia adalah 52° Celcius.

“Bayangkan cuaca di Saudi Arabia mencecah 52° Celcius dan kita berada di sana,” jelas Dr Sim. Justeru katanya, seluruh rakyat mesti bergading bahu untuk menyelamatkan Bumi dari perubahan iklim melampau.

“Jadikan Sarawak tempat paling selamat di muka bumi ini,” kata Dr Sim. — DayakDaily



Best viewed with Firefox, Google Chrome in 1920 x 1080 screen resolution.
© Copyright of Natural Resources And Environment Board Sarawak
Last Updated On 06 Sep 2024

Operation Hours :

Monday - Thursday
8:00 am - 1:00 pm & 2:00 pm - 5:00 pm
Friday
8:00 am - 11:45 am & 2:30 pm - 5:00 pm

Payment Counter :

Monday - Thursday
8:30 am - 12:30 noon & 2:00 pm - 3:00 pm
Friday
8:30 am - 11:00 am & 2:30 pm - 3:00 pm

* Close on Saturday, Sunday and Public Holiday
image Announcement