Wujudkan pusat pengumpulan bersepadu e-waste, sistem pengurusan lebih sistematik

Posted on 09 Nov 2023
Source of News: Suara Sarawak

KUCHING, 8 November 2023: Bermula tahun hadapan, pelaksanaan kempen penggumpulan buangan Elektrik dan Elektronik (e-waste) Sarawak bakal menggunakan pendekatan berbeza, kata Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Datuk Amar Dr Sim Kui Hian mewakili Premier Sarawak pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Sarawak 2023 di Kuching, hari ini.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak akan bekerjasama dengan pengumpul e-waste berdaftar di bawah Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk mewujudkan Pusat Pengumpulan Bersepadu bagi membolehkan orang ramai menghantar terus e-waste ke premis tersebut.

“Manakala bagi bahagian yang tiada pusat pengumpulan berdaftar, saya menggalakkan pusat kitar semula sedia ada untuk mendaftar dengan JAS bagi membolehkan mereka menerima dan mengutip e-waste daripada orang ramai,” katanya.

Abang Johari yang juga Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar berkata demikian pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Sarawak 2023 yang dibacakan oleh Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian di sini, hari ini.

Beliau dalam pada itu turut mengesyorkan agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mewujudkan lebih banyak pusat pengumpulan supaya Sarawak mempunyai sistem yang lebih teratur untuk mengumpul dan menguruskan e-waste pada masa hadapan.

“Objektif utama kempen ini adalah bagi meningkatkan kesedaran mengenai risiko alam sekitar berkaitan bahan buangan elektronik dan elektrik serta menyokong kaedah pelupusan yang selamat dan mesra alam dalam komuniti.

“Ini adalah selaras dengan inisiatif kerajaan untuk memastikan pelupusan e-waste yang lengkap dan terkawal seperti ditetapkan dalam Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan diuruskan oleh entiti atau premis berlesen yang diberi kuasa oleh JAS,” tambahnya.

Kempen yang bermula tahun 2022 itu merupakan salah satu inisiatif pemuliharaan alam sekitar dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak dengan kerjasama Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), JAS, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan sektor swasta.



Best viewed with Firefox, Google Chrome in 1920 x 1080 screen resolution.
© Copyright of Natural Resources And Environment Board Sarawak
Last Updated On 06 Sep 2024

Operation Hours :

Monday - Thursday
8:00 am - 1:00 pm & 2:00 pm - 5:00 pm
Friday
8:00 am - 11:45 am & 2:30 pm - 5:00 pm

Payment Counter :

Monday - Thursday
8:30 am - 12:30 noon & 2:00 pm - 3:00 pm
Friday
8:30 am - 11:00 am & 2:30 pm - 3:00 pm

* Close on Saturday, Sunday and Public Holiday
image Announcement