15 JUN 2023, KUCHING – Controller Kualiti Alam Sekitar Sarawak, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Encik Jack Anak Liam telah menerima kunjungan hormat Jabatan Alam Sekitar Sarawak yang diketuai oleh Pengarah Encik John Anak Rampai bertempat di Menara Pelita Kuching.
Pertemuan ini turut membincangkan isu penyelarasan pelaksanaan MA63 dalam aspek alam sekitar, isu-isu semasa selain bertujuan menjalinkan kerjasama dan hubungan baik di antara kedua-dua agensi.
Turut bersama-sama dalam kunjungan hormat ini adalah Ts Mohamad Zaihan Bin Hj. Lek, Ketua Penolong Pengarah, Penolong Pengarah Kanan Imelda Laner serta Rafidah Mohd Anuar dari Jabatan Alam Sekitar Sarawak dan Tuan Paul Bond Chamberlin, Timbalan Controller NREB serta semua Ketua Seksyen, NREB.