Sarawak perlu membangunkan polisi alam sekitar bagi memastikan kelestarian alam sekitar

Posted on 14 Feb 2022
Source of News: UKAS

KUCHING, RABU, 12 JANUARI 2022: Sarawak perlu membangunkan polisi alam sekitar bagi memastikan kelestarian alam sekitar di negeri ini terpelihara.

Menteri Muda Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Dr Hazland Abang Hipni berkata, ini merangkumi banyak aspek termasuklah pentadbiran.

“Keperluan membangunkan polisi yang merangkumi keseluruhan aspek alam sekitar seperti perubahan iklim, gas rumah hijau, perhutanan, penilaian sosial, pengurusan sisa pepejal dan pencegahan pencemaran,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan bersama Kakitangan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak di Menara Pelita pada Selasa.

Dalam pada itu, Dr Hazland juga menyarankan NREB Sarawak bergerak lebih aktif dan mengadakan kerjasama dengan agensi kerajaan lain dan pihak berkuasa tempatan memandangkan kelestarian alam sekitar adalah tanggungjawab semua pihak.

Pada perjumpaan itu, beliau telah diberikan taklimat berhubung dengan peranan dan fungsi NREB, isu-isu semasa berkaitan alam sekitar di Sarawak dan perancangan ke arah Matlamat Pembangunan Mapan 2030.

Hadir sama wakil Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Justine Jok Jau Emang dan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Sarawak Hamzah bin Mohamad.-EDISI UKAS




Best viewed with Firefox, Google Chrome in 1920 x 1080 screen resolution.
© Copyright of Natural Resources And Environment Board Sarawak
Last Updated On 06 Sep 2024

Operation Hours :

Monday - Thursday
8:00 am - 1:00 pm & 2:00 pm - 5:00 pm
Friday
8:00 am - 11:45 am & 2:30 pm - 5:00 pm

Payment Counter :

Monday - Thursday
8:30 am - 12:30 noon & 2:00 pm - 3:00 pm
Friday
8:30 am - 11:00 am & 2:30 pm - 3:00 pm

* Close on Saturday, Sunday and Public Holiday
image Announcement