NOTIS PELAWAAN MENJALANI LATIHAN INDUSTRI DI LEMBAGA SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NREB), SARAWAK
Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Sarawak mempelawa pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang berminat untuk menjalani Latihan Industri di NREB bagi tahun 2025.
Kriteria Pemohon:
1. Pelajar sepenuh masa dari institusi pengajian tinggi awam atau swasta.
2. Mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan seperti:
- Sains Alam Sekitar
- Kejuruteraan Kimia
- Pengurusan Sisa
- Pendidikan Alam Sekitar
- Teknologi Maklumat / GIS
- Pengurusan Data
3. Tempoh latihan akan disesuaikan mengikut keperluan institusi pengajian.
4. Mempunyai minat dalam bidang pengurusan alam sekitar dan kerja lapangan.
Cara Memohon:
Calon yang berminat diminta untuk mengemukakan dokumen berikut:
• Surat permohonan rasmi daripada institusi pengajian
• Resume (CV) terkini
• Salinan kad pelajar dan transkrip akademik terkini
• Cadangan tarikh latihan industri
Permohonan hendaklah dikemukakan melalui e-mel: nreb.msd@nreb.gov.my sekurang-kurangnya dua (2) bulan sebelum latihan industri bermula.
Jumlah pengambilan adalah terhad dan hanya permohonan yang lengkap dan memenuhi kriteria akan dipertimbangkan.