Sarawak ID|Register
Announcements

News & History

NREB memainkan peranan besar, pastikan alam sekitar Sarawak terpelihara dan mampan
Posted on : 17 Sep 2023  Source of News: Suara Sarawak
 

oleh Zarina Abdullah

Datuk Amar Awang Tengah (tengah) melancarkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) NREB pada Hari Integriti NREB 2023 di Kuching, hari ini.

KUCHING, 15 September 2023 - Setiap warga kerja Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) memegang amanah yang besar dalam memastikan alam sekitar Sarawak sentiasa terpelihara dan mampan melalui pemantauan serta penguatkuasaan setiap projek yang dilaksanakan.

Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ia penting untuk memastikan semua terma dan syarat-syarat kelulusan laporan seperti Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) dipatuhi.

“Selain itu, saya berharap agar NREB akan berusaha untuk mendapatkan pensijilan Sistem Pengurusan Berkualiti Antarabangsa (ISO) 37001:2016 Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS).

“Pensijilan tersebut adalah bagi membantu organisasi mewujudkan, melaksanakan dan memperbaiki program pematuhan antirasuah. Ia juga merangkumi beberapa siri dan elemen kawalan yang terdiri daripada amalan terbaik anti-rasuah global.

“Justeru, sebagai sebuah agensi penguatkuasa, sudah pasti NREB mengambil berat tentang pentingnya nilai integriti untuk dijadikan sebagai amalan dan budaya kerja memandangkan setiap penjawat awam perlu bertindah secara beramanah, telus, tulus, mempunyai akauntabiliti dan patuh kepada undang-undang,” katanya.

Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II itu berkata demikian dalam ucapannya pada Hari Integriti NREB 2023 di sini, hari ini.

Beliau dalam pada itu turut menyarankan agensi penguat kuasa tersebut untuk menyertai dan memenangi Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) Peringkat Kebangsaan 2024.

“Anugerah terbabit juga merupakan penanda aras yang membolehkan organisasi mengukur keberkesanan inisiatif yang dilaksanakan di peringkat organisasi bagi mengukuhkan integriti, sistem pengurusan dalaman serta sistem kawalan yang mengekang berlakunya rasuah dan salah guna kuasa,” tambahnya.

Hadir sama, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar merangkap Timbalan Pengerusi NREB Datuk Len Talif Salleh.

Quick Link