Kempen Beli Balik Barangan Kitar Semula & Sumbangan Pakaian Terpakai

Posted on 31 Mar 2024

Majlis Perbandaran Padawan (MPP) akan mengadakan Kempen Beli Balik Barangan Kitar Semula, Sisa Elektrik/Elektronik dan Pengumpulan Minyak Masak Terpakai serta Sumbangan Pakaian Terpakai dengan kerjasama pelbagai Agensi dan NGO’s seperti Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Jabatan Alam Sekitar (JAS), DNS Waste Management Sdn.Bhd., Kim Huang Enterprise dan Tzu Chi Foundation Kuching.

Tarikh: 13 April 2024 (Sabtu)
Masa: 8.00 am – 12.00 pm
Tempat: Balai Raya Lorong 20, Desa Wira
Peta lokasi: https://maps.app.goo.gl/rby2BxzmYJM5BpSx9

Justeru itu, marilah kita bersama-sama menyertai kempen ini dengan menghantar dan menjual barangan kitar semula anda seperti kertas/surat khabar lama, botol plastik, tin makanan/minuman, besi, sisa elektrik dan elektronik dan minyak masak terpakai serta menyumbang pakaian terpakai anda kepada Badan Kebajikan (Tzu Chi Foundation Kuching) bagi tujuan amal.

Quick Link