(Bahasa Malaysia only)
LARIAN HIJAU BERSEMPENA HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2017
Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) bersama dengan SMK Semerah Padi akan menganjurkan Larian Hijau (Green Run) bersempena dengan Hari Alam Sekitar Sedunia 2017.
Larian Hijau akan diadakan pada 16 Julai 2017 (Ahad) pada jam 7.00 pagi bertempat di SMK Semerah Padi, Jalan Depo, Kuching, untuk larian sejauh 3 km atau 5 km.
Selain sebagai memperingati Hari Alam Sekitar Sedunia, tujuan Larian ini ialah bagi mengutip dana untuk tabung Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) SMK Semerah Padi.
Hari Alam Sekitar Sedunia disambut bermula pada tahun 1972 dan telah berkembang menjadi sambutan utama seluruh dunia dengan pembabitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam menyedarkan dan meningkatkan penglibatan serta tindakan masyarakat terhadap isu alam sekitar. Ia memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk sedar akan tanggungjawab dan menjadi agen perubahan untuk menjaga alam sekitar.
Hari Alam Sekitar Sedunia disambut pada 5 Jun setiap tahun, dan tema untuk tahun ini ialah “Connecting People To Nature.
Penyertaan adalah terbuka kepada semua. Keterangan lanjut boleh didapati daripada En. Faizal (019-8298290) atau En. Yahya (013-8210401).