EN  | BM
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | PDPA
Paparan terbaik dengan Internet Explorer, Mozilla Firefox, Google Chrome dan Safari versi terkini dengan resolusi 1280x768 piksel dan ke atas.
Hakcipta Terpelihara © 2016 Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak

www.nreb.gov.my/pages.php?mod=feedback_form&menu_id=0&sub_id=29   facebook.com/nreb.sarawak   twitter.com/nreb_sarawak   RSS

Kemaskini Pada: 25 Jun 2017
Versi 8.0.2
 
Apa itu 'EIA'Apa itu 'EIA'

'Environmental Impact Assessment (EIA)' adalah satu kajian yang boleh digunakan sebagai alat perancangan, untuk meramalkan kerosakkan alam sekitar oleh pembangunan yang dicadangkan. EIA menyediakan mekanisme untuk tindakan pencegahan dan menggariskan cara-cara untuk menambahbaik projek terhadap alam sekitar.

EIA memastikan masalah-masalah kesan alam sekitar yang berpotensi diramalkan dan ditangani di peringkat awal dalam perancangan projek. Dalam hal ini, ia menjadi alat perancangan reka bentuk projek untuk mencegah bencana alam sekitar dan akibatnya, untuk mengelakkan kesilapan dalam pelaksanaan projek nanti.

EIA adalah satu proses yang penting dalam menentukan projek di peringkat akhir. Ia membantu pemaju projek untuk mencapai matlamat dengan lebih berjaya kerana:

  1. Satu projek yang telah direka untuk disesuaikan dengan persekitaran setempat akan lebih cenderung untuk disiapkan pada masa dan dalam bajet, dan mungkin dapat mengelakkan masalah disepanjang pembangunan projek;
  2. Satu projek yang memelihara sumber-sumber semula jadi akan terus memelihara alam sekitar setempat untuk tahun mendatang dan
  3. Satu projek yang menghasilkan manfaat tanpa menyebabkan masalah yang serius akan cenderung untuk membawa kredit dan pengiktirafan kepada pemaju projek.